APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MEMBACA???
Membaca
dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas
lambang-lambang bercetak dan bertulis (Haris dan Sipay, 1980). Bagi
Smith dan Johnson (1980) pula, membaca berteraskan keinginan mewujudkan
interaksi penyampaian idea penulis dengan tanggapan yang dibuat oleh
pembaca. Di samping itu, Goodman (1973) pula mengatakan membaca adalah
proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan
yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuk makna
berdasarkan pengamatan yang dilakukan. Hal ini menunjukkan melalui
proses itu wujud interaksi antara bahasa dan dengan pemikiran kerana
hubungan antara bahasa dengan pemikiran sememangnya berlaku dalam
dimensi yang lebih luas.
TAHUKAH ANDA APA ITU PERBENDAHARAAN KATA??
Anderson
dan Freebody (1981) ada menyatakan bahawa seseorang yang tidak
mengetahui makna perkataan, berkemungkinan besar merupakan pembaca yang
lemah . Bacaan yang berkesan ialah melalui perbendaharaan kata yang
dimiliki. Pengajaran perbendaharaan kata membantu menolong pelajar
memperoleh perbendaharaan kata yang lebih banyak. Hal ini penting untuk
menentukan murid tentang makna sesuatu perkataan dan memahami mesej
bahan bacaan. Pengajaran perbendaharaan berkait rapat dengan kebolehan
memahami bahan yang dibaca
Pengajaran
perbendaharaan kata merupakan bahagian yang penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bacaan. Guru bertanggungjawab untuk membantu
pelajar membina saiz perbedaharaan kata kerana ia penting untuk
menentukan pengetahuan pelajar tentang makna sesuatu perkataan dan
memahami maklumat yang terkandung dalam bahan yang dibaca. . Oleh hal
sedemikian, pengajaran perbendaharaan kata harus dititikberatkan dalam
pengajaran di sekolah, lebih-lebih lagi dalam pengajaran bahasa.
Dalam perbendaharaan kata terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan
dalam proses pembelajaran . Guru boleh memilih dengan bijak teknik yang
sesuai mengikut kemampuan para pelajar di dalam kelas. Bagi guru yang
berketrampilan harus bersikap kreatif dalam menghasilkan pelbagai cara
untuk memperkenalkan perkataan baharu dan memberi peluang kepada pelajar
untuk berlatih menggunakannya. Salah satu penbendaharaan kata yang
penting adalah teknik ayat yang sesuai.
No comments:
Post a Comment