Sunday, 30 November 2014

Definisi

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MEMBACA???

Membaca dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis (Haris dan Sipay, 1980). Bagi Smith dan Johnson (1980) pula, membaca berteraskan keinginan mewujudkan interaksi penyampaian idea penulis dengan tanggapan yang dibuat oleh pembaca. Di samping itu, Goodman (1973) pula mengatakan membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuk makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan. Hal ini menunjukkan melalui proses itu wujud interaksi antara bahasa dan dengan pemikiran kerana hubungan antara bahasa dengan pemikiran sememangnya berlaku dalam dimensi yang lebih luas.     

 TAHUKAH ANDA APA ITU PERBENDAHARAAN KATA?? 
Anderson dan Freebody (1981) ada menyatakan bahawa seseorang yang tidak mengetahui makna perkataan, berkemungkinan besar merupakan pembaca yang lemah . Bacaan yang berkesan ialah melalui perbendaharaan kata yang dimiliki. Pengajaran perbendaharaan kata membantu menolong pelajar memperoleh perbendaharaan kata yang lebih banyak. Hal ini penting untuk menentukan murid tentang makna sesuatu perkataan dan memahami mesej bahan bacaan. Pengajaran perbendaharaan berkait rapat dengan kebolehan memahami bahan yang dibaca
Pengajaran perbendaharaan kata merupakan bahagian yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bacaan. Guru bertanggungjawab untuk membantu pelajar membina saiz perbedaharaan kata kerana ia penting untuk menentukan pengetahuan pelajar tentang makna sesuatu perkataan dan memahami maklumat yang terkandung dalam bahan yang dibaca. . Oleh hal sedemikian, pengajaran perbendaharaan kata harus dititikberatkan dalam pengajaran di sekolah, lebih-lebih lagi dalam pengajaran bahasa.
            Dalam perbendaharaan kata terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran . Guru boleh memilih dengan bijak teknik yang sesuai mengikut kemampuan para pelajar di dalam kelas. Bagi guru yang berketrampilan harus bersikap kreatif dalam menghasilkan pelbagai cara untuk memperkenalkan perkataan baharu dan memberi peluang kepada pelajar untuk berlatih menggunakannya.  Salah satu penbendaharaan kata yang penting adalah teknik ayat yang sesuai.

No comments:

Post a Comment