Sunday, 30 November 2014

Ayat Yang Sesuai


AYAT YANG SESUAI INI MERUPAKAN SALAH SATU PERBENDAHARAAN KATA. BETULKAH??

Pengajaran penbendaharaan kata menggunakan ayat yang sesuai ini dibangunkan untuk membantu pelajaran mempelajari perkataan baharu yang dijumpai ketika membaca. Kedua, supaya pelajar mampu membuat andaian mengenai ayat yang dijumpai dalam pembacaan, seterusnya, yang ketiga adalah untuk menyediakan tujuan untuk membaca. Akhir sekali iaitu yang keempat adalah untuk membangkitkan rasa ingin tahu mereka tehadap bahan yang dibaca.
Terdapat lima cara untuk mengajar teknik pengajaran penbendaharaan kata menggunakan teknik ayat yang sesuai iaitu:

1)      Senarai perbendaharaan kata utama       
Guru memulakan pengajaran dengan menyenaraikan perbendaharaan kata utama yang terdapat dalam teks dan menulisnya di papan tulis dan menyebut perkataan-perkataan tersebut. Guru terlebih dahulu mengenal pasti perktaan-perkataan ini yang juga penting untuk meperkenalkan konsep yang diajarkan pada hari tersebut.

2)      Dapatkan ayat
 Pelajar diminta menyenaraikan dua perkataan daripada petikan dan membina ayat-ayat-ayat daripadanya. Jawapan pelajar dicatatkan di papan putih dan perkataan yang diguanakan digariskankan. Jawapan pelajar dicatatkan seperti yang dikemuka walaupun salah.

3)      Membaca dan mengesahkan
 Pelajar diminta membaca ayat-ayat dan menyemak ketepatan ayat yang dibina.

4)      Menilai ayat
Dengan menggunakan teks bacaan sebagai rujukaan semak dan bincangkan ketepatan ayat-ayat yang dibina. Ayat- ayat yang tidak tepat dibaiki.


APA ISTIMEWANYA AYAT SESUAI INI??

Bagi kanak-kanak bekeperluan khas, mereka memerlukan bahan bantu  mengajar untuk memudahkan proses pembelajaran mereka. Oleh  itu, kelebihan ayat yang sesuai berserta penggunaan bahan bantu mengajar mampu memberikan kelebihan untuk kanak-kanak bekeperlian khas. Antara kelebihan penggunaan ayat yang sesuai ialah :

1.      Membolehkan proses P&P berjalan dengan lancar
Kanak-kanak pendidikan merupakan kanak-kanak yang mengalami masalah dalam proses pembelajaran. Oleh itu, penggunaan ayat yang sesuai akan menyebabkan mereka memahami apa yang diajar. Sebagai contoh :
      
Pelajar normal : Ali tolong ambil buku di atas meja cikgu. Buku itu bewarna biru
Pelajar khas     : Ahmad ambil buku biru cikgu

2.      Penggunaan ringkas dan padat
Penggunaan ayat yang ringkas dan padat menyebabkan pelajar bekeperluan khas memahami apa yang mereka belajar. Contohnya
      
Pelajar normal : Sila baca buku cerita yang cikgu bagi ya.
Pelajar khas     : ( guru itu sendiri akan bercerita )

3.      Tidak memerlukan jangka masa yang lama
Penggunaan ayat yang sesuai akan menyebabkan proses P&P tidak memerlukan masa yang lama. Contohnya mengajar mengeja dan membaca
*guru membuat kad dengan meletakkan gambar ayam berserta huruf. Oleh itu, apabila mengajar guru akan menyebut nama binatang serta mengeja huruf tersebut.
  
BAGAIMANA PULA DENGAN KELEMAHAN AYAT SESUAI ??

Walaupun penggunaan ayat yang sesuai untuk kanak-kanak bekeperluan khas adalah ringkas dan padat. Namun pemikiran mereka bukan  seperti kanak-kanak normal yang mengambil masa sehari sahaja untuk mengingati apa yang mereka pelajari. Kelemahan ini dapat dilihat dari segi :

1.      Membaca

Kebolehan membaca adalah suatu perkara yang penting bagi membolehkan murid mempelajari apa yang tersenarai dalam kurikulum sekolah. Kesukaran membaca walaupun penggunaan ayat yang pendek menyebabkan mereka tidak boleh membaca sendiri. Oleh itu, mereka akan berasa rendah diri dan tidak mempunyai keyakinan diri untuk bercakap terutamanya kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

2.      Mengeja

Pada jangka masa yang panjang, kebolehan mengeja memberi kesan yang lebih negatif daripada kelemahan membaca. Kelemahan mengeja akan mengehadkan kebolehan murid untuk menyampaikan pengetahuan walaupun perkara yang diajar hanyalah ayat yang pendek dan sesuai. Kelemahan ini menyebabkan murid sentiasa mendapat markah yang rendah di dalam ujian dan peperiksaan kerana mereka tidak pandai mengeja.

No comments:

Post a Comment