Bengkel Internet Untuk Pelajar Bekeperluan Khas
Adakah
anda tahu apa yang dimaksudkan dengan “Bengkel Internet”??? Bengkel internet
ialah satu kaedah yang digunakan untuk membantu pelajar mencari maklumat dengan
lebih cepat dan pantas. Adakah “ Bengkel Internet” merupakan satu kaedah yang
paling berkesan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau di
mana-mana sahaja??? Ya,“
Bengkel Internet” ini adalah salah satu kaedah atau teknik yang dilakukan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan menarik minat para
pelajar untuk belajar.
Bila kita mendengar tentang
internet, adakah pelajar yang normal sahaja boleh bermain internet??? Adakah
pelajar yang bekeperluan khas tidak boleh??? Adakah mereka tidak pandai atau
tidak mampu untuk menjadi seperti pelajar biasa ??? Adakah disebabkan oleh
kekurangan mereka yang menyebabkan mereka tersisih??? OHH tidak!!! “Bengkel
Internet” sangat sesuai untuk pelajar pendidikan khas. Kenapa ??? kerana teknik
ini akan membantu pelajar pendidikan khas yang mempunyai pelbagai kecacatan
seperti Down Sindrom, Autisme, Terencat Akal, Masalah Pembelajaran, Hiperaktif
dan sebagainya.
Tetapi, adakah kita tahu kepentingan “Bengkel
Internet” untuk pelajar pendidikan khas??? Mungkin jawapan “Ya” atau “Tidak”. Oleh itu, bagi yang mereka
tidak tahu kepentingan bengkel ini untuk pelajar keperluan khas, biar kami yang
beritahu, kepentingannya ialah pelajar bekeperluan khas dapat menerokai benda
baru serta boleh mengasah bakat dan kemahiran mereka, memudahkan pelajar
terutamanya yang mempunyai masalah pendengaran untuk belajar serta memberi
motivasi kepada mereka agar tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran.
Mengapa “Bengkel Internet” penting?
Apa pendapat tokoh-tokoh hebat??
Menutut Abdul Rahim Razzalli, Noor
Aini Ahmad dan Kamaliah Ahmad (2005), teknologi komputer mempunyai keistimewaan
iaitu akan memudahkan para pelajar bekeperluan khas untuk mempelajari kemahiran
3M iaitu membaca, menulis dan mengira terutamanya mereka yang menghadapi masalah
tingkah laku dan masalah pembelajaran. Hal ini kerana, pembelajaran yang tidak
menarik akan menyebabkan pelajar cepat bosan dan tidak menyeronokkan.
Kebaikan “ Bengkel Internet”
- Memberi peluang kepada pelajar bermasalah pendengaran untuk mencari maklumat dalam proses P&P.
- Mencungkil bakat dan kelebihan yang terdapat dalam diri pelajar bekeperluan khas.
- Menarik minat para pelajar untuk belajar terutamanya pelajar bermasalah pembelajaran dan autisme.
- Merangsang daya imaginasi pelajar dengan mengaplikasi modul pembelajaran berasaskan internet.
- Meningkatkan kreativiti serta inovasi pelajar dalam sesi pembelajaran.
Keburukan “Bengkel Internet”
- Pelajar kurang memberi fokus kepada guru.
- Kurang interaksi antara pelajar dan guru.
- Tidak semua pelajar bekeperluan khas mempunyai kemahiran untuk menggunakan internet.
- Kewangan. Apabila sesuatu gajet rosak, pembelanjaan untuk membaiki mahal.
- Pelajar yang tinggal di pedalaman tidak akan merasai kelebihan menggunakan internet.
No comments:
Post a Comment