Sunday, 30 November 2014

P&P Bengkel Internet

Aktiviti P&P Menggunakan kaedah “Bengkel Internet”
Tajuk : Aktiviti “PROCAGE” iaitu aktiviti yang menghasilkan benda baru  dengan menggunakan bahan terbuang.
Aktiviti ini merupakan aktiviti pembelajaran yang diajar dalam bentuk “Bengkel Internet” dimana pelajar mencari maklumat dengan kemudahan yang disediakan dalam membantu menyiapkan tugasan yang diberikan. Melalui kaedah ini, pelajar tidak perlu ke perpustakaan atau mencari dalam buku, sebaliknya menggunakan internet sahaja. Dalam masa yang sama apabila mereka mencari maklumat, proses kemahiran membaca berlaku iaitu ketika mereka membaca maklumat yang dicari.

Contoh aktiviti


  •  Guru memberi tayangan video tentang bahan kitar semula yang memaparkan contoh-contoh kreativiti yang dilakukan dengan menggunakan bahan terbuang seperti kotak, surat khabar, majalah, botol dan sebagainya.
  •     Guru memberi arahan kepada pelajar dimana pelajar bebas berimaginasi serta mencipta sesuatu yang baru dengan menggunakan bahan yang diberikan.
  •   Pelajar dibenarkan untuk bertanya kepada guru tentang masalah yang timbul dan meminta pertolongan untuk menggunting atau melakukan sesuatu dengan menggunakan benda taham.
  • Pelajar akan mengakses internet untuk mencari jalan penyelesaian dengan bantuan guru.
Program "Cardboard Challenge" yang dianjurkan oleh Program Pintar Cerdas dan Berbakat (Pendidikan Khas)









Bengkel Internet

Bengkel Internet Untuk Pelajar Bekeperluan Khas

Adakah anda tahu apa yang dimaksudkan dengan “Bengkel Internet”??? Bengkel internet ialah satu kaedah yang digunakan untuk membantu pelajar mencari maklumat dengan lebih cepat dan pantas. Adakah “ Bengkel Internet” merupakan satu kaedah yang paling berkesan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau di mana-mana sahaja??? Ya,“ Bengkel Internet” ini adalah salah satu kaedah atau teknik yang dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan menarik minat para pelajar untuk belajar.
            Bila kita mendengar tentang internet, adakah pelajar yang normal sahaja boleh bermain internet??? Adakah pelajar yang bekeperluan khas tidak boleh??? Adakah mereka tidak pandai atau tidak mampu untuk menjadi seperti pelajar biasa ??? Adakah disebabkan oleh kekurangan mereka yang menyebabkan mereka tersisih??? OHH tidak!!! “Bengkel Internet” sangat sesuai untuk pelajar pendidikan khas. Kenapa ??? kerana teknik ini akan membantu pelajar pendidikan khas yang mempunyai pelbagai kecacatan seperti Down Sindrom, Autisme, Terencat Akal, Masalah Pembelajaran, Hiperaktif dan sebagainya.
Tetapi, adakah kita tahu kepentingan “Bengkel Internet” untuk pelajar pendidikan khas??? Mungkin jawapan  “Ya” atau “Tidak”. Oleh itu, bagi yang mereka tidak tahu kepentingan bengkel ini untuk pelajar keperluan khas, biar kami yang beritahu, kepentingannya ialah pelajar bekeperluan khas dapat menerokai benda baru serta boleh mengasah bakat dan kemahiran mereka, memudahkan pelajar terutamanya yang mempunyai masalah pendengaran untuk belajar serta memberi motivasi kepada mereka agar tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran.

Mengapa “Bengkel Internet” penting? Apa pendapat tokoh-tokoh hebat??
Menutut Abdul Rahim Razzalli, Noor Aini Ahmad dan Kamaliah Ahmad (2005), teknologi komputer mempunyai keistimewaan iaitu akan memudahkan para pelajar bekeperluan khas untuk mempelajari kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira terutamanya mereka yang menghadapi masalah tingkah laku dan masalah pembelajaran. Hal ini kerana, pembelajaran yang tidak menarik akan menyebabkan pelajar cepat bosan dan tidak menyeronokkan.  
                        
Kebaikan “ Bengkel Internet”
  •  Memberi peluang kepada pelajar bermasalah pendengaran untuk mencari maklumat dalam proses P&P.
  • Mencungkil bakat dan kelebihan yang terdapat dalam diri pelajar bekeperluan khas.
  • Menarik minat para pelajar untuk belajar terutamanya pelajar bermasalah pembelajaran dan autisme.
  • Merangsang daya imaginasi pelajar dengan mengaplikasi modul pembelajaran berasaskan internet.
  • Meningkatkan kreativiti serta inovasi pelajar dalam sesi pembelajaran.

Keburukan “Bengkel Internet”
  • Pelajar kurang memberi fokus kepada guru.
  • Kurang interaksi antara pelajar dan guru.
  • Tidak semua pelajar bekeperluan khas mempunyai kemahiran untuk menggunakan internet.
  • Kewangan. Apabila sesuatu gajet rosak, pembelanjaan untuk membaiki mahal.
  • Pelajar yang tinggal di pedalaman tidak akan merasai kelebihan menggunakan internet.

P&P Ayat Yang Sesuai

PELAJAR BERKEPERLUAN KHAS BELAJAR TEKNIK AYAT YANG SESUAI?? APAKAH PROSES PENGAJARAN YANG DIJALANKAN?

Guru melakukan pengajaran menggunakan kaedah menceritakan cerita pendek kepada pelajar. Aktiviti pembelajaran ini adalah untuk membantu pelajar mempelajari lima takrifan penbendaharaan kata iatu tapi,kepada, ini dan itu. Kemudian, aktiviti ini adalah untuk memastikan pelajar dapat memahami lima konsep perbendaharaan kata tersebut. Akhirnya pelajar mampu membina ayat dengan menggunakan lima perbendaharaan yang telah diajar.

PROSES P&P YANG DIJALANKAN ADALAH ???
Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid

Langkah 1
  •  Guru membaca cerita pendek dengan kuat, jelas, lancar dan meminta murid mendengar dengan teliti.
  •  Lima Perbendaharaan kata di dalam cerita tersebut telah siap digariskan oleh guru.
  • Guru meminta murid membaca semula cerita pendek tersebut secara bergilir-gilir.
Langkah kedua
  • Guru mengeluarkan 5 perbendaharaan kata yang bergaris di dalam cerita
  • Guru akan menerangkan makna setiap perbendaharaan tersebut dengan perkataan yang ringkas
  • Guru akan mendapatkan respon dengan bertanyakan soalan “ adakah murid-murid faham apa yang cikgu terangkan”.
  • Guru akan menerangkan dan menunjukkan konsep 5 perbendaharaan kata yang di ajar
  • Guru akan meminta murid-murid melakukan kembali konsep yang telah di ajar
  • Guru akan tahu bahawa pelajar dapat memahami atau tidak apa yang di ajar
Langkah ketiga
  • Guru akan meminta murid-murid membina ayat yang pendek dengan menggunakan apa yang telah diajar
  • Guru akan melihat hasil kerja murid
  • Setiap jawapan yang diajar, guru akan menilai dengan melihat apa yang ditulis oleh murid-murid
  • Hasil kerja yang dilakukan oleh murid-murid akan ditayangkan di dalam kelas


Ayat Yang Sesuai


AYAT YANG SESUAI INI MERUPAKAN SALAH SATU PERBENDAHARAAN KATA. BETULKAH??

Pengajaran penbendaharaan kata menggunakan ayat yang sesuai ini dibangunkan untuk membantu pelajaran mempelajari perkataan baharu yang dijumpai ketika membaca. Kedua, supaya pelajar mampu membuat andaian mengenai ayat yang dijumpai dalam pembacaan, seterusnya, yang ketiga adalah untuk menyediakan tujuan untuk membaca. Akhir sekali iaitu yang keempat adalah untuk membangkitkan rasa ingin tahu mereka tehadap bahan yang dibaca.
Terdapat lima cara untuk mengajar teknik pengajaran penbendaharaan kata menggunakan teknik ayat yang sesuai iaitu:

1)      Senarai perbendaharaan kata utama       
Guru memulakan pengajaran dengan menyenaraikan perbendaharaan kata utama yang terdapat dalam teks dan menulisnya di papan tulis dan menyebut perkataan-perkataan tersebut. Guru terlebih dahulu mengenal pasti perktaan-perkataan ini yang juga penting untuk meperkenalkan konsep yang diajarkan pada hari tersebut.

2)      Dapatkan ayat
 Pelajar diminta menyenaraikan dua perkataan daripada petikan dan membina ayat-ayat-ayat daripadanya. Jawapan pelajar dicatatkan di papan putih dan perkataan yang diguanakan digariskankan. Jawapan pelajar dicatatkan seperti yang dikemuka walaupun salah.

3)      Membaca dan mengesahkan
 Pelajar diminta membaca ayat-ayat dan menyemak ketepatan ayat yang dibina.

4)      Menilai ayat
Dengan menggunakan teks bacaan sebagai rujukaan semak dan bincangkan ketepatan ayat-ayat yang dibina. Ayat- ayat yang tidak tepat dibaiki.


APA ISTIMEWANYA AYAT SESUAI INI??

Bagi kanak-kanak bekeperluan khas, mereka memerlukan bahan bantu  mengajar untuk memudahkan proses pembelajaran mereka. Oleh  itu, kelebihan ayat yang sesuai berserta penggunaan bahan bantu mengajar mampu memberikan kelebihan untuk kanak-kanak bekeperlian khas. Antara kelebihan penggunaan ayat yang sesuai ialah :

1.      Membolehkan proses P&P berjalan dengan lancar
Kanak-kanak pendidikan merupakan kanak-kanak yang mengalami masalah dalam proses pembelajaran. Oleh itu, penggunaan ayat yang sesuai akan menyebabkan mereka memahami apa yang diajar. Sebagai contoh :
      
Pelajar normal : Ali tolong ambil buku di atas meja cikgu. Buku itu bewarna biru
Pelajar khas     : Ahmad ambil buku biru cikgu

2.      Penggunaan ringkas dan padat
Penggunaan ayat yang ringkas dan padat menyebabkan pelajar bekeperluan khas memahami apa yang mereka belajar. Contohnya
      
Pelajar normal : Sila baca buku cerita yang cikgu bagi ya.
Pelajar khas     : ( guru itu sendiri akan bercerita )

3.      Tidak memerlukan jangka masa yang lama
Penggunaan ayat yang sesuai akan menyebabkan proses P&P tidak memerlukan masa yang lama. Contohnya mengajar mengeja dan membaca
*guru membuat kad dengan meletakkan gambar ayam berserta huruf. Oleh itu, apabila mengajar guru akan menyebut nama binatang serta mengeja huruf tersebut.
  
BAGAIMANA PULA DENGAN KELEMAHAN AYAT SESUAI ??

Walaupun penggunaan ayat yang sesuai untuk kanak-kanak bekeperluan khas adalah ringkas dan padat. Namun pemikiran mereka bukan  seperti kanak-kanak normal yang mengambil masa sehari sahaja untuk mengingati apa yang mereka pelajari. Kelemahan ini dapat dilihat dari segi :

1.      Membaca

Kebolehan membaca adalah suatu perkara yang penting bagi membolehkan murid mempelajari apa yang tersenarai dalam kurikulum sekolah. Kesukaran membaca walaupun penggunaan ayat yang pendek menyebabkan mereka tidak boleh membaca sendiri. Oleh itu, mereka akan berasa rendah diri dan tidak mempunyai keyakinan diri untuk bercakap terutamanya kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

2.      Mengeja

Pada jangka masa yang panjang, kebolehan mengeja memberi kesan yang lebih negatif daripada kelemahan membaca. Kelemahan mengeja akan mengehadkan kebolehan murid untuk menyampaikan pengetahuan walaupun perkara yang diajar hanyalah ayat yang pendek dan sesuai. Kelemahan ini menyebabkan murid sentiasa mendapat markah yang rendah di dalam ujian dan peperiksaan kerana mereka tidak pandai mengeja.

Definisi

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MEMBACA???

Membaca dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis (Haris dan Sipay, 1980). Bagi Smith dan Johnson (1980) pula, membaca berteraskan keinginan mewujudkan interaksi penyampaian idea penulis dengan tanggapan yang dibuat oleh pembaca. Di samping itu, Goodman (1973) pula mengatakan membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuk makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan. Hal ini menunjukkan melalui proses itu wujud interaksi antara bahasa dan dengan pemikiran kerana hubungan antara bahasa dengan pemikiran sememangnya berlaku dalam dimensi yang lebih luas.     

 TAHUKAH ANDA APA ITU PERBENDAHARAAN KATA?? 
Anderson dan Freebody (1981) ada menyatakan bahawa seseorang yang tidak mengetahui makna perkataan, berkemungkinan besar merupakan pembaca yang lemah . Bacaan yang berkesan ialah melalui perbendaharaan kata yang dimiliki. Pengajaran perbendaharaan kata membantu menolong pelajar memperoleh perbendaharaan kata yang lebih banyak. Hal ini penting untuk menentukan murid tentang makna sesuatu perkataan dan memahami mesej bahan bacaan. Pengajaran perbendaharaan berkait rapat dengan kebolehan memahami bahan yang dibaca
Pengajaran perbendaharaan kata merupakan bahagian yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bacaan. Guru bertanggungjawab untuk membantu pelajar membina saiz perbedaharaan kata kerana ia penting untuk menentukan pengetahuan pelajar tentang makna sesuatu perkataan dan memahami maklumat yang terkandung dalam bahan yang dibaca. . Oleh hal sedemikian, pengajaran perbendaharaan kata harus dititikberatkan dalam pengajaran di sekolah, lebih-lebih lagi dalam pengajaran bahasa.
            Dalam perbendaharaan kata terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran . Guru boleh memilih dengan bijak teknik yang sesuai mengikut kemampuan para pelajar di dalam kelas. Bagi guru yang berketrampilan harus bersikap kreatif dalam menghasilkan pelbagai cara untuk memperkenalkan perkataan baharu dan memberi peluang kepada pelajar untuk berlatih menggunakannya.  Salah satu penbendaharaan kata yang penting adalah teknik ayat yang sesuai.